Isnin, 18 Jun 2012

UntuK ayAH tersAyang


       Semalam adalah hari yang terpenting buat bapa2 di seluruh dunia coz tanggal 17  merupakan sempena hari bapa.Hari  Bapa merupakan suatu hari yang bermula pada awal abad ke-21 untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa.Ia disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia serta melibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan lain-lain aktiviti keluarga diadakan.So sempena hari bapa yang diadakan aku dan family juga tidak terlepas untuk menyambut hari bapa dan kami menghabiskan masa sehari  dengan pelbagai aktiviti.Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan aku waktu itu coz memang epy sangat2..

       Buat ayah aku yang tercinta , aku nak ucapkan terima kasih kerana selama ini dah menjaga aku dengan penuh kasih sayang dan dengan penuh perhatian.aku bersyukur kepada tuhan kerana menganugerahkan aku seorang ayah yang terlalu baik di dalam dunia ini.Selama aku menjadi anak dia tidak sedikitpun dia memarahi aku atau memukul aku.Dia memang seorang ayah yang terlalu baik buat aku.Seorang ayah yang selalu memahami aku dan selalu menjadi sahabat aku yang terbaik.

      Terima kasih ayah kerana menjadikan aku seorang anak yang paling bahagia di dunia ini dan terima kasih juga kerana membesarkan aku selama ini sehingga aku mengerti tentang hidup ini..I love u ayah sampai akhir nafas akak..


I LOVE AYAH FOREVER

      Ayah….
Air mata ini tak mampu membalas semuanya
semua yang kau lakukan untuk hidup kami
semua yang kau berikan kepada kami

Ayah…
Kasih sayang mu takkan mampu tergantikan orang lain
Perhatian yang kau berikan kepada kami takkan pernah kami lupakan
Walaupun kadang kami tidak mengindahkan semua yang kau berikan
Kadang kami tak pernah menghargai semua yang kau berikan

Kini, kamilah yang harus melakukan semuanya
Kamilah yang harus membalas semuanya
Kamilah yang harus memperhatikanmu…

Ayah….
Izinkanlah kami menjadi anak yang berbakti kepadamu
Anak yang tak melupakan kasih sayangmu
Izinkanlah kami untuk membahagiakanmu

Meskipun kami sadar
itu semua tidak bisa membayar semua yang telah kau berikan
dan kami sadar, nyawapun takkan mampu membalas semuanya…

Terima kasih ayah…
Kini kami menjadi orang yang mampu berdiri
kini kami mampu berdikari hidup dengan doa dan kasih sayangmu…

I Love You Ayah….

  

        

Sabtu, 16 Jun 2012

Tentang SahabAt


                “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.    
           Bersahabat itu memang indah, Namun kadang-kadang persahabatan itu juga akan menimbulkan kelukaan yang begitu mendalam tambahan lagi, andai sahabat yang kita sayangi dan kita percayai sanggup mengkhianati kita..Entah kenapa semua itu harus berlaku sedangkan  hubungan persahabatan itu terlalu penting di dalam hidup kita dan harus dimulakan dengan sebuah keihklasan yang tulus dari hati..
    “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”
  Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”
          Penyataan di atas merungkaikan segala maksud yg tersurat dan tersirat  di dalam sebuah persahabatan yang pernah aku alami dua tahun yang lalu ketika sahabat yang aku sayang dan aku percayai sanggup mengkhianati aku untuk kepentingan dirinya sendiri sedangkan aku tidak pernah sedikitpun untuk mengkhianati persahabatan yang kami hulurkan kerana bagi aku persahabatan itu terlalu berharga dan tidak ada gantinya di dunia ini.Namun,sehingga ke hari ini aku tidak sangka persahabatan yang aku hulurkan dengan sebuah makna keikhlasan telah menjerat diriku sendiri sehingga aku menjadi mangsa dalam keadaan tersebut.Masih aku ingat lagi peristiwa yang tak dapat aku lupakan sehingga ke hari ini dan peristiwa itu membuatkan aku sedar bahawa di dalam di dunia ini masih ada lagi orang yang tidak ikhlas dalam menghulurkan salam persahabatan dan dengan peristiwa tersebut kini, aku lebih berhati-hati dalam memilih sahabat.Namun aku bersyukur kerana apa yang berlaku ke atas diriku tidaklah sehebat apa yang berlaku ke atas sepupu aku sendiri.
        Masih aku ingat lagi pada Tanggal 21 Mei adalah majlis pertunangan sepupu aku sendiri.Waktu itu ramai sanak saudara yang datang untuk menghadiri majlis tersebut dan memang meriah sangat suasana ketika itu.Namun hari tak selalunya indah coz  tepat jam 2 petang sepupu aku menerima panggilan dari bakal tunang dia dan panggilan tersebut adalah panggilan yang dia sendiri tidak duga.Entah kenapa waktu itu aku lihat tangisan kecewa yang lahir dari kelopak matanya dan tak dapat aku bayangkan perasaan yang sepupu aku tanggung apabila hari yang dia nanti2 kan hancur dalam sekelip mata disebabkan sahabat yang dia terlalu percayai mengkhianati dirinya sendiri dan sanggup merampas orang yang dia sayang.Aku harap apa yang berlaku ke atas sepupu aku dapat membuatkan aku lebih berhati dalam menilai seseorang.
     Namun, bagi aku seandainya memilih sahabat janganlah memandang dari sudut luranya ( pakaian,paras rupa dan kemewahan) coz apa yang kita pandang tidak semestinya ikhlas dan jujur tetapi, pandanglah dari sudut dalamanya (sikap,tutur kata dan adabnya) kerana Kadang-kadang dalam dunia ini kita tidak sangka orang yang paling rapat dengan kita adalah orang yang selalu mengkhianati kita manakala orang yang jauh dengan kita adalah orang yang sentiasa ikhlas dengan kita. Jadi Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang dan berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.
 Apakah seorang sahabat yang baik??
            sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
      1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.                                            
                            
  **Dipetik dari wikipedia

Selasa, 12 Jun 2012

INIKAH CARAKU MENCINTAIMU

dengan tak menghubungimu,
tak juga mengirim pesan untuk menanyakan kabarmu,
dan bahkan sekedar chatting untuk menyapamu,
aku mencintaimu dengan menjauh darimu,
bukan karena aku membencimu,
 
namun karena aku ingin menjagamu dan menjaga diriku sendiri dari khalwat yang menjebak,
aku mencintaimu dengan menjaga diriku dan dirimu,
menjaga kesucianku dan kesucianmu
menjaga kehormatanku dan kehormatanmu
menjaga kebeningan hatiku dan hatimu,

ya......
Beginilah caraku mencintaimu,
mencintaimu dalam diamku,
karena diamku adalah bukti cintaku padamu..

dan sekarang,
keadaan menegurku,
sehingga dapat membantu menyadarkanku dari kesalahan yang telah aku perbuat,
meskipun pesonamu terhadapku belum pulih,
belum pulih..
 Yaa Allah, sucikanlah hatiku hanya untuk siapa yang pantas menempatinya dengan keridhoanMu, cukup dia sajalah yang aku cintai karena aku tidak menginginkan keburukan ketika aku berbuat salah terhadap hatiku,

Jumaat, 8 Jun 2012

FoR mY lOVE

Dalam sepi di saat aku sendiri
teringat akan dirimu yang jauh di sana
apa khabarmu?

Terbayang candamu , yang selalu membuat aku bahagia dan tiada rasa duka..
wahai kekasihku percayalah bahawa cinta dan sayangku
Hanyalah untuk mu
Hingga ke akhir hayatku dan sehingga nadiku berhenti berdetik

Walau jarak memisahkan kita..
Namun tidak perlu engkau resah
yakinlah cintaku
bahawa kita akan bersama untul selamanya...

Sabtu, 2 Jun 2012

Hang out with Family


Hari ini aku memang epy sangat2 dan memang tenang sangat-sangat coz hari ini aku dengan family n cousin keluar pergi berkelah di sebuah pantai yang memang menenangkan jiwa aku..selama aku berada dekat pantai memang kelakar dan heppy sangat sebab macam-macam ragam yang aku jumpa dan aku lihat..yang paling menarik hati aku dekat pantai itu,sebab aku terjumpa sepasang pasangan suami isteri yang memang romantik sangat walaupun usia mereka dah mencecah likungan 60 ke atas tapi diorang still romantik dan masih macam orang bercouple..Bahagia sangat hati aku lihat tingkah laku pasangan tersebut dan tiba-tiba otak aku berfikir bahagianya aku kalau hubungan aku dapat still macam diorang tapi, semua itu hanya allah yang tentukan apa yang akan terjadi pada masa akan datang..
    So selepas beberapa minit aku berjalan n santai-santai dekat pantai tetibe ada seorang boy ni slamber je tegur aku n memang aku terkejut gila la  coz waktu tu otak aku tengah mengelamun ingat orang tersayang so dengan tetibe dia tegur aku tanpa rasan segan padahal aku memang tak kenal dia dan tak pernah tahu pun siapa dia..So aku pun tak peduli dengan teguran dia dan aku terus buat muka seposen je jalan tanpa hiraukan dia coz aku malas nak layan orang yang aku tak kenal n tetibe jew aku dengar mamat tu cakap dekat aku muka je lawa tapi sombong n belagak..erm lantak dia la nak cakap aku sombong ke belagak ke apa aku tak kisah coz aku pegang janji orang yang aku sayang..
  So hampir 3 jam aku n family dekat situ jadi kitorang pun siap-siap nak pulang coz hari dah petang dan badan aku pun dah letih jadi hari ni memang aku epy sangat coz dapat lihat pantai yang menenangkan fikiran dan jiwa aku tapi lagi best kalau orang tersayang ada coz tempat itu ada kenangan antara aku dengan dia..tapi dimana pun aku pergi dan heppy  macamana pun, hati dan fikiran  aku masih still ingat dia..

Jumaat, 1 Jun 2012

Sakit Hati



      Semalam, aku memang tension sangat-sangat coz ada seorang perempuan gila ni suka gangu aku dan tak pernah berhenti menganggu aku..Entahla aku pun tak tahu apa yang dia tak puas hati dekat aku padahal aku tak pernah nak cari gaduh dengan dia sebab aku bukan seorang yang suka nak gaduh-gaduh..Aku memang sakit hati dengan apa yang dia cakap pada aku dan dia suruh aku tinggalkan orang yang aku sayang untuk dia coz dia nak orang yang aku sayang jadi milik dia..
    Aku tak tahu nak cakap apa lagi supaya dia faham yang aku tak akan pernah tinggalkan orang yang aku sayang kecuali orang yang aku sayang tinggalkan aku coz bagi aku biar aku yang kecewa asalkan orang yang aku sayang bahagia dan gembira kerana itu adalah pengertian kasih-sayang aku padanya.Kata orang cinta itu tak semestinya memiliki dan cukuplah bagi aku merasai kasih sayang dia walaupun dia bukan diciptakan untuk aku dan aku selalu dengar orang cakap yang jodoh n pertemuan itu semuanya di tanggan allah tapi seandainya dia tinggalkan aku untuk orang lain mungkin hati aku susah nak terima orang lain lagi atau mungkin sampai bila-bila hati aku masih tetap pada dia coz aku memang terlalu menyayangi dia.
      So semalam hati aku memang sakit yang teramat sangat dengan perempuan yang tak pernah berhenti ganggu hidup aku n dia juga ada ugut aku supaya aku tingglkan orang yang aku sayang secepat mungkin n seandainya aku tak tinggalkan orang yang aku sayang dengan secepatnya dia akan buat hidup aku musnah dengan menyantau..So aku pun tak tahu nak cakap apa lagi coz Perempuan itu memang gila sangat-sangat dan dia sanggup hancurkan orang lain asalkan dia dapat apa yang dia nak..Bagi aku biarlah dia nak buat hidup aku macamana pun tapi aku tetap dengan pendirian aku yang aku tak akan tinggalkan orang aku sayang  dengan mudah selagi orang yang aku sayang perlukan aku dalam hidup dia..Aku tak akan gentar dengan semua ugutan dia coz dia tak ada hak nak tarik nyawa aku dan dia tak ada kuasa pun n yang hanya berkuasa adalah allah s.w.t coz aku hanya percayakan allah dan bukan percayakan makhluk seperti dia kerana aku yakin yang allah akan selalu lindungi aku dan akan selalu bersama aku dalam susah mahupun senang..

Khamis, 31 Mei 2012

Epy TimE

Tanggal 29hb mei adalah hari perkahwinan sepupu aku..memang time tu sangat2 meletihkan aku tapi aku fun dengan suasanan macamtu..Banyak yang dapat aku lihat semasa perkahwinan itu dilangsungkan dengan pasangan mempelai yang secocok dan suasananya yg bgitu meriah...walaupun perkahwinan itu nampak sederhana tapi begitu riuh susananya..Aku harap mereka bahagia sehingga akhir hayat....


Rabu, 30 Mei 2012

UnTukMu A.D.A.M


Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu
 tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu
 di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana 
darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan 
kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada 
zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan
 Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana 
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
 isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki 
adalah menguasai terhadap kaum wanita..
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku
 agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga
 mengambil kesempatan atas kelemahan kami
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku
 keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai
 hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam
 boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana
 kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan,
 nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa
 sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah
 syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan
 mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu
 dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu
 yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...

Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... 
andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih 
lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta...
 tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Selasa, 29 Mei 2012

AnDai LelAki tAhu

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
 Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
 Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
**Dipetik daripada Cahaya Cinta **

Ahad, 6 Mei 2012

Suara Hati SAYA UntUk awAK

Awak..Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat kat Dia..

       Awak.. Saya nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan pe kita buat nanti??Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..Tapi betul ke cara kita wak?? Saya takut laaaa...Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak.. Saya nak jadi bidadari awak yang forever..

        Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak..

Isnin, 30 April 2012

FalSafaH CiNta

Berani mencinta harus siap menerima derita ,
siap untuk menerima luka..
Yang akan terjadinya nanti kerana faktanya...

Cinta hanyalah fatamorgana
yang hanya indah di awalnya saja
terlihat sangat bodoh bila kita menangisi cinta
tapi itulah bentuk pengorbana kita
agar yang dicinta tidak pergi meninggalkan kita...

Namun bila tangis tidak mampu menahan langkah kakinya
untuk meninggalkan kita dan tidak ada lagi yang mampu diucap
Torehan luka tidak akan dapat menghentikan langkah kaki kita
untuk terus menggapai cita-cita

Tunjukkanlah padanya..
Bahawa kita mampu berdiri tanpa dirinya
dirinya yang menyakiti kita
dirinya yang mengkhianati kita
dan percayalah
bahawa sang pencipta
tak akan pernah meninggalkan kita
dan tuhan akan menggantikan yang lebih baik dari dirinya...