Khamis, 31 Mei 2012
Rabu, 30 Mei 2012
UnTukMu A.D.A.M
Adam...
Maafkan aku jika coretan ini
memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang
bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan
hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu
tatkala aku sentiasa mahu terpesong
dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu
di akhir zaman, itulah sebenarnya
ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku
nescaya merahlah dunia kerana
darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam
sama Adam bermusuhan
kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa
Habil dan Qabil sehinggalah pada
zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah
undang-undang Allah yang mengharuskan
Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak
lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana
menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa
aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa berat pula untukku
menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada
ayat yang menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap kaum wanita..
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk
menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku
agar sentiasa di dalam redha Tuhanku
dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa
yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa
haluan, malahan engkau juga
mengambil kesempatan atas kelemahan kami
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal
tetap di rumah. Aku akur asalkan aku
keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti
ditutup dari hujung kaki sampai
hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa
telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu
terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam
boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah
makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana
kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku
kelebihan nafsu. Akalmu sembilan,
nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah
aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa
sehingga aku tergelincir ditolak
sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami
kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah
syahdu dari Tuhanmu agar menerangi
hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih
Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan
mengikut langkah para sahabat, masih gentar
mencegar munkar, maka kita tunggu
dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila
kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau
pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu
yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini
menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau
keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai
suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu...
andai maruahku dirobek maka
engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran
tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih
lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang
kucari... bukan berlian yang kupinta...
tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas
darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat
dirimu...
Selasa, 29 Mei 2012
AnDai LelAki tAhu
Andai lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya
segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia
lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai
lelaki itu.
Andai lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka
jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat
anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak
mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak
kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau
sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang
diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu
dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak
menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan
hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya
kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh
mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya
memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih
baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi
dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam
masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud
menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya
sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari
anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan
sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang
paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri
anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang
tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling
melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah
indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan
tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat
lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan
sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi
perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
**Dipetik daripada Cahaya Cinta **
Ahad, 6 Mei 2012
Suara Hati SAYA UntUk awAK
Awak..Saya
nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven
kalau kita camni??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak
kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven
kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah
buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat
kat Dia..
Awak.. Saya
nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh..
Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat,
awak boleh agak kan pe kita buat nanti??Saya nak
hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share
everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..Tapi betul ke
cara kita wak?? Saya takut laaaa...Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak.. Saya nak jadi bidadari awak yang forever..
Awak,
kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak
doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang
tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi
dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak..
InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai
bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??
Saya nak jadi bidadari awak..
Langgan:
Ulasan (Atom)