“Teman
yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan
Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya
teringat mati.”
Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu
mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Allah SWT mencipta
makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak
akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan
kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang
lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri
sebagai seorang manusia yang normal.
Bersahabat
itu memang indah, Namun kadang-kadang persahabatan itu juga akan menimbulkan
kelukaan yang begitu mendalam tambahan lagi, andai sahabat yang kita sayangi
dan kita percayai sanggup mengkhianati kita..Entah kenapa semua itu harus berlaku
sedangkan hubungan persahabatan itu
terlalu penting di dalam hidup kita dan harus dimulakan dengan sebuah
keihklasan yang tulus dari hati..
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan
beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049]
ayat 13)
Dalam kitab al-Hikam ada
menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat
taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.”
Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan)
temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati
sebagai kawan (teman).”
Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang
bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka
harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka
binasalah seperti mereka pula.”
Penyataan di atas
merungkaikan segala maksud yg tersurat dan tersirat di dalam sebuah persahabatan yang pernah aku
alami dua tahun yang lalu ketika sahabat yang aku sayang dan aku percayai
sanggup mengkhianati aku untuk kepentingan dirinya sendiri sedangkan aku tidak
pernah sedikitpun untuk mengkhianati persahabatan yang kami hulurkan kerana bagi
aku persahabatan itu terlalu berharga dan tidak ada gantinya di dunia ini.Namun,sehingga
ke hari ini aku tidak sangka persahabatan yang aku hulurkan dengan sebuah makna
keikhlasan telah menjerat diriku sendiri sehingga aku menjadi mangsa dalam
keadaan tersebut.Masih aku ingat lagi peristiwa yang tak dapat aku lupakan
sehingga ke hari ini dan peristiwa itu membuatkan aku sedar bahawa di dalam di
dunia ini masih ada lagi orang yang tidak ikhlas dalam menghulurkan salam
persahabatan dan dengan peristiwa tersebut kini, aku lebih berhati-hati dalam
memilih sahabat.Namun aku bersyukur kerana apa yang berlaku ke atas diriku
tidaklah sehebat apa yang berlaku ke atas sepupu aku sendiri.
Masih aku
ingat lagi pada Tanggal 21 Mei adalah majlis pertunangan sepupu aku
sendiri.Waktu itu ramai sanak saudara yang datang untuk menghadiri majlis
tersebut dan memang meriah sangat suasana ketika itu.Namun hari tak selalunya
indah coz tepat jam 2 petang sepupu aku
menerima panggilan dari bakal tunang dia dan panggilan tersebut adalah
panggilan yang dia sendiri tidak duga.Entah kenapa waktu itu aku lihat tangisan
kecewa yang lahir dari kelopak matanya dan tak dapat aku bayangkan perasaan
yang sepupu aku tanggung apabila hari yang dia nanti2 kan hancur dalam sekelip
mata disebabkan sahabat yang dia terlalu percayai mengkhianati dirinya sendiri
dan sanggup merampas orang yang dia sayang.Aku harap apa yang berlaku ke atas
sepupu aku dapat membuatkan aku lebih berhati dalam menilai seseorang.
Namun, bagi aku seandainya
memilih sahabat janganlah memandang dari sudut luranya ( pakaian,paras rupa dan
kemewahan) coz apa yang kita pandang tidak semestinya ikhlas dan jujur tetapi,
pandanglah dari sudut dalamanya (sikap,tutur kata dan adabnya) kerana Kadang-kadang
dalam dunia ini kita tidak sangka orang yang paling rapat dengan kita adalah
orang yang selalu mengkhianati kita manakala orang yang jauh dengan kita adalah
orang yang sentiasa ikhlas dengan kita. Jadi Hati-hatilah memilih kawan, kerana
kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang dan berkawanlah kerana Allah
untuk mencari redha-NYA.
Apakah seorang sahabat yang baik??
sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka
hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 -
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita
dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu,
jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka
n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan
dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia
suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia
memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu
kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
**Dipetik dari wikipedia