Khamis, 21 Februari 2013

Apa itu Kesetiaan


  Kesetiaan!! Apa itu kesetiaan pada pandangan semua orang? Pelbagai persepsi yang timbul disebalik perkataan kesetiaan..Bagi aku kesetiaan adalah nilai kasih sayang kita terhadap seseorang .Cara kita mencintai pasangan kita dengan penuh taat..mencintai dirinya seperti kita mencintai diri kita sendiri..Namun berapa ramai yang pegang dengan perkataan " kesetiaan " .. Berapa ramai juga yang setia dengan pasangannya..Sedangkan manusia sendiri pun susah untuk setia kepada allah inikan pula manusia sesama manusia..
   Kadang-kadang aku keliru dengan nilai kesetiaan..Keliru tentang segelintir manusia yang tak pandai nak menghargai permata yang telah dianugerahkan kepada mereka..Kata orang menyesal dulu pendapatan , menyesal kemudian tiada gunanya..Aku sendiri terhimpit dalam masaalah ini..Semakin aku cuba untuk berlari semakin dekat masaalah itu menghampiri aku..Kenapa dan mengapa hanya allah yang tahu..Sukar untuk aku jelaskan kerana aku  hanya insan biasa yang tak pernah lepas dari kesilapan..
    Namun , masih teringat lagi  kata-kata sahabat aku dulu bahawa " Setia itu perlu namun seandainya kesetiaan itu selalu dikhianati apa gunanya untuk setia " Kadang-kadang benar juga apa yang sahabat aku cakap tapi bagi aku bukan mudah aku nak mengkhianati cinta yang dah lama kita bina..Insyaallah dengan kekuatan yang aku ada aku mampu pegang nilai kesetiaan itu walaupun pasangan aku sendiri mengkhianati diriku namun bagi aku allah itu maha adil..Biarlah dia yang menentukkan segalanya..Aku bukan siapa-siapa yang layak menghukum salah orang , sedangkan aku hanya manusia biasa dan hamba allah sama seperti insan lain..andainya hati kita ikhlas aku yakin tuhan akan selalu balas dengan kebaikkan sebab tuhan tak akan menguji hambanya di luar batasan hambanya..

Isnin, 11 Februari 2013

iNdAH DAn LUcU



Semalam adalah hari perkahwinan sepupu aku..Memang aku penat gila-gila time itu sebab terpaksa bawa hantaran..Dahla jauh , lepastu terpaksa berjalan dengan panas terik lagi tapi fun la sebab dapat jalan-jalan with family..Happy sangat tengok pasangan pengantin semalam..Sama cantik dan sama padan..Tema kuning menyerikan lagi majlis pasangan tersebut..Tapi dalam majlis tersebut aku terpandang seseorang yang amat aku kenali 5 bulan lepas..Seseorang yang banyak berkongsi cerita dengan aku..Namun aku tak pasti dia adalah orangnya..So aku tanya my mom sebab aku rasa my mom kenal..Alangkah terkejutnya bila orang yang selama ini aku kenal dan banyak tahu tentang cerita aku dan my bf adalah sepupu aku sendiri..sepupu yang aku sendiri tak tahu..Logik la sebab aku memang tak berapa kenal my cousins ny coz ramai sangat cousins aku sampai aku sendiri tak dapat bilang..hehe
So aku pernah blok dia dari laman sosial coz time aku kenal dia masa itu dia memang suka dekat aku dan dia luahkan perasaan dia dekat aku..siap ajak aku kawin lagi..Tapi perasaan aku tak boleh dipaksa sebab aku setia dekat orang yang aku sayang..Sejak itu aku hilangkan diri dari dia..Namun tak sangka dia adalah sepupu aku sendiri..Kecil kan dunia..
Tapi semalam perkara yang paling aku malu sangat dan tak boleh aku lupa sampai hari ini
Hanya tuhan saja yang tahu..Ini semua sebab adik aku punya kerja..Kalau bukan sebab dia aku tak mungkin jatuh..Seriously aku tak nak jalan dengan dia lagi..Malu gila aku semalam..Nasib la sepupu aku saja ada semalam..Selama aku pakai high shoes dari umur aku 15 tahunh memang aku tak pernah jatuh lagi walau tinggi macamana sekalipun..Aku memang gila high shoes..sampai my mom aku marah sebab banyak sangat hihg shoes..Bayangkan dari umur aku 15 tahun lagi kasut itu masih boleh dipakai dan  masih dijaga dengan rapi sampai sekarang..Tapi kasut yang paling aku sayang adalah kasut yang dibeli oleh ex aku..kasut itu dia beli dengan gaji pertama dia..Walaupun berharga RM 49.90 namun ia berharga buat aku..Time tu aku tak pandai lagi nak pakai so aku jadikan ia sebagai hiasan je..Tapi kalau aku nak pakai sekarang memang tak lah sebab aku tak nak barang lepas dikenang lagi..Jadi my mom je yang simpan..Sampai hari ini aku tak pernah sentuh atau lihat kasut itu..Biarlah ia jadi kenangan aku..Orang selalu cakap kenangan yang lepas jangan dikenang tapi biarlah ia menjadi pengalaman dan pengajaran dalam hidup kita..

Khamis, 7 Februari 2013

" SetIa HinggA Hujung Nyawa "


Setia Hingga Hujung Nyawa "  Tajuk drama yang paling aku suka..Berkisahkan sepasang pasangan yang jodohnya telah ditakdirkan dari tuhan..Berjumpa dan bercinta dalam keadaan yang  tidak di duga..Menjadi pasangan yang tabah hadapi liku-liku hidup sebagai pasangan suami isteri..Mempunyai jalan cerita yang menarik dengan pelbagai situasi dan perasaan..Aku yakin ramai yang minat dengan drama setia hingga hujung nyawa kerana watak yang dimainkan sangat sesuai dengan jalan cerita tersebut..Apatah lagi jalan ceritanya diaptasi dari novel setia hingga hujung nyawa yang dikarang oleh Fatin Nabilah..Namun aku tertarik dengan kata-kata yang menjadi lambang novel tersebut iaitu '' tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau '' serta tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan..
Kata-kata itu sangat bermakna buat aku kerana kata-kata tersebut mencerminkan diri aku..Hari ini adalah episod terakhir drama '' setia hingga hujung nyawa '' Aku yakin ramai yang ingin tahu apa yang terjadi di akhir ending cerita tersebut ? Adakah zain akan selamanya dengan el ? Apakah el akan terima ikhram ? Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran masing-masing..Semuanya akan terjawab pada petang ini..Namun aku harap el dan zain akan selamanya bahagia..So sama-sama kita tahu apa yang akan berlaku akhirnya..
Kadang-kadang aku terfikir seandainya aku di tempat el apakah aku setabah itu ? Apakah aku boleh hadapi semua itu ? Sekarang pun dugaan aku makin berat..berat rasanya untuk aku tanggung..Biarlah hati ini yang tahu dan rasa semua itu..Aku harap tuhan tabahkan hati aku dan jangan biarkan aku lemah..Walau aku di caci dan di hina sekalipun aku pasrah dan redha andai ini jalan takdir aku..Yang penting aku tak sakitkan hati sesiapa..Biarlah aku disakiti asalkan orang-orang yang aku sayang  akan terus tersenyum..