Ahad, 31 Mac 2013

IKHlAS Dariku Insan yanG leMah

Saat ini aku kesunyiaan ,
saat ini hatiku sepi tanpa berteman ,
sepi mencari sebuah ketenangan ,
sebuah kedamaian yang selama ini aku impikan  ,
airmata ini terus mengalir ,
jiwaku kosong ,
fikiranku melayang entah ke mana ,
Lalu aku bentangkan sebuah sejadah dihadapanmu ,
aku sujudkan diriku kepadamu ,
aku terus mencari makna ketenangan ,

Aku tadahkan tangan memohon kepadamu ,
Aku buntu ,
aku sepi ,
aku kesunyiaan ,
Namun jalanmu itu yang mendamaikan aku ,
Tanpa henti aku memohon
aku meminta
meraung sekuat hati ,

Hanya padamu aku bersujud memohon keampunan ,
Hanya kau ya allah yang mampu mengerti hati ini ,
Yang mampu mendengar jeritan batin ini ,
Sesungguhnya aku tak mampu ,
Sesungguhnya aku lemah ,
Lemah dengan jalan takdirmu ,

Ya allah bantulah aku ,
Bimbinglah aku ,
Agar aku mendapat keredhaanmu ,
Agar aku mendapat kesucian cintamu ,
Sesungguhnya aku hambamu yang lemah ,

Sabtu, 30 Mac 2013

TergamakNya Dirimu

Malam ini aku dapat rasakan sesuatu perasaan yang terlalu perit.. perasaan yang aku sendiri benci untuk aku rasai .. aku keliru dengan apa yang berlaku .. aku buntu dengan semua ini .. Aku rasa kata-kata dia terhadap aku terlalu perit untuk aku telan .. tak dapat aku bayangkan bagaimana patahnya hati aku ketika itu .. Aku rasa dah banyak hari aku tak berhubung dengan dia .. bukan niat aku untuk menyepikan diri tetapi aku ingin rawat hati yang terluka .. terluka kerana aku terlalu sayangkan dia .. ya aku masih sayangkan dia .. dia saja lelaki yang aku sayang .. aku cintai .. Bohongla aku cakap aku tak rindu dia sebab ketika ini airmata aku tak henti mengalir kerana terlalu merindui dia .. Tapi hati aku dah beku dengan semua sikap dia .. Aku penat ..  Aku tak kuat nak tanggung lagi .. 
   Seandainya dia bahagia sekarang tanpa aku .. Ya aku pasrah kalau itu kebahgiaan yang dia cari .. mungkin itu yang mampu aku buat .. Sesengguhnya aku ingin dia bahagia .. Aku ingin dia tersenyum walaupun aku menangis .. walaupun aku sakit dan derita .. Biarlah tuhan saja tahu betapa aku sayangkan dia .. Betapa aku mencintai dia .. Sekarang aku perlukan masa untuk bersendirian .. perlukan masa untuk aku kumpul balik semangat aku agar aku tak terjatuh lagi dalam perasaan yang teramat perit ..
    Kadang-kadang aku sedih dan benci dengan diri aku sendiri .. benci dengan kehidupan aku .. aku juga ingin bahagia .. aku juga ingin disayangi dan dicintai dengan seikhlas hati .. Tak lama lagi hari jadi dia .. aku harap dia datang jumpa aku sebab aku nak bagi dia sesuatu yang paling berharga .. mungkin itu hadiah terakhir dari aku .. mungkin itu kenangan terakhir aku dengan dia .. jujur aku cakap aku benci dengan cinta ..
cinta buat aku sakit.. cinta buat aku derita .. cinta juga buat aku sengsara .. 
    Ya allah kau kuatkan hati aku supaya aku boleh hadapi semua ini .. agar aku boleh berdiri tanpa dia .. agar aku tak lemah dengan semua ini ..

Selasa, 26 Mac 2013

NILAILAH HATI INI


Bicara apa lagi yang harus aku ungkapkan ?? Semuanya dah tersirat dan tersurat dalam hati ini..Untuk apa dan kenapa semua ini terjadi..terlalu pantas masa itu bergerak..aneh !! Hanya perasaan dan jiwa yang tahu..akal dan minda melayang entah ke mana..Pelbagai persoalan yang timbul sampai aku sendiri keliru dengan apa yang berlaku..Memang berat rasanya untuk aku tanggung semua ini…Mampukah aku untuk hadapi dugaan ini..Kenapa aku yang harus menjadi mangsa dalam sandiwara ini sedangkan aku hanya insan yang lemah..seorang insan yang tak berdaya untuk hadapi semua ujian yang maha esa..Namun sebagai hamba allah aku terpaksa juga hadapi semua ini walau perit sekalipun yang aku rasa..aku pasrah dengan semua ini andai ini takdirnya..Aku harap tuhan akan selalu kuatkan jiwa aku..Selalu lindungi perasaan aku agar tidak disakiti..Andai hati ini penuh dengan dendam kau buanglah ia jauh-jauh dari pandangan dan kehidupan aku..sucikanlah hati ini ya allah..

Khamis, 21 Mac 2013

SaHaBat


Sahabat !! Aku rasa semua orang ada sahabat..Tak kira la sahabat kita perempuan atau lelaki kerana mereka adalah insan biasa seperti kita..Cuma nak memilih sahabat perlulah teliti kerana sahabat yang baik akan membawa kita kepada kebaikkan namun  sahabat yang kurang baik  akan menjerumuskkan kita kepada kejahatan..Bukan nak cakap mereka jahat tapi sahabat macam itu akan buatkan hidup kita terpesong..Tak salah kalau nak berkawan dengan orang macam itu tapi jaganlah terlalu ikutkan sikap mereka dan pastikan pendirian kita tetap..Mungkin kalau kita berkawan dengan orang  seperti itu ,  kita boleh buat dia berubah ? Tapi dalam hidup aku , aku hanya ada seorang sahabat yang paling aku sayang..seorang sahabat yang  selalu ada di sisi aku setiap kali aku ada masalah..Dia yang selalu beri aku nasihat dan semangat..Walaupun aku dengan dia jauh tapi kalau ada masa kitorang selalu jumpa..Dia seorang sahabat yang memahami aku..tak pernah memilih untuk berkawan walaupun dia terlalu sosial tapi aku fun bersahabat dengan dia..So tak lama lagi dia dah nak kawin dan mungkin masa dia dah kurang untuk aku tapi aku harap sangat dia bahagia dengan kehidupan yang dia bakal tempuhi..Aku selalu doakan semoga jodoh dia kekal sampai akhir hayat dan bahgia di dunia serta akhirat..I LOVE U KiLLa dan semoga persahabatan kita kekal..

Khamis, 14 Mac 2013

PuiSiku Untukmu


Di sini aku selalu bermimpi
Bermimpi mengejar sesuatu yang belum aku pasti
Di sini juga aku mengukir sebuah perasaan
Perasaan  yang aku sendiri tidak tahu dari mana ia hadir
Terlalu cepat waktu berlalu
Namun aku masih terapai-apai dalam mencari sebuah jawapan

Kadang-kadang aku sendiri tidak tahu
Dari mana wujudnya setiap bicara
Setiap tutur kata yang pernah kau lafazkan
Aku bukanlah bidadari yang sempurna
Sempurna dari setiap sudut
Kerana aku hanyalah insan yang kerdil
Kerdil di bumi allah yang terlalu besar dugaanya

Namun aku selalu pasrah dengan takdirnya
Kerana takdir kita dipertemukkan
Kerana takdir juga kau dan aku jatuh ke dasar hati yang paling dalam
Hati yang selalu melengkapi antara satu sama lain
Serta Tak mampu untuk diukur mahupun digapai

Wahai sang pemilik hati
Sesungguhnya aku mengerti
Sesungguhnya aku memahami
Memahami bahawa jodoh itu rahsia allah
Walau Seikhlas apa pun perasaan itu wujud
Ia akan sentiasa hadir
Hanya waktu dan masa yang menjadi jarak sesebuah penentuan

Wahai sang penilai hati ini
Sesungguhnya  aku mengalah
Aku mengalah bukan bermakna aku lemah
Namun aku mengalah kerana aku teramat menyayangi dirimu
Namun aku mengerti bahawa pelangi tak akan selalu hadir
Tapi aku tak pernah berhenti untuk menanti
Menanti terbitnya sang suria yang akan menyinarkan seluruh hidupku
Andai esok aku tak dapat melihat lagi mentari terbit
Aku mohon tetaplah tersenyum                                     
Andai ini jalan yang indah untuk engkau dan aku
Demi allah Aku pasrah.. 

*salam sayang buat insan yang bertakhta di hati ini *