Sabtu, 16 Jun 2012

Tentang SahabAt


                “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.    
           Bersahabat itu memang indah, Namun kadang-kadang persahabatan itu juga akan menimbulkan kelukaan yang begitu mendalam tambahan lagi, andai sahabat yang kita sayangi dan kita percayai sanggup mengkhianati kita..Entah kenapa semua itu harus berlaku sedangkan  hubungan persahabatan itu terlalu penting di dalam hidup kita dan harus dimulakan dengan sebuah keihklasan yang tulus dari hati..
    “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”
  Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”
          Penyataan di atas merungkaikan segala maksud yg tersurat dan tersirat  di dalam sebuah persahabatan yang pernah aku alami dua tahun yang lalu ketika sahabat yang aku sayang dan aku percayai sanggup mengkhianati aku untuk kepentingan dirinya sendiri sedangkan aku tidak pernah sedikitpun untuk mengkhianati persahabatan yang kami hulurkan kerana bagi aku persahabatan itu terlalu berharga dan tidak ada gantinya di dunia ini.Namun,sehingga ke hari ini aku tidak sangka persahabatan yang aku hulurkan dengan sebuah makna keikhlasan telah menjerat diriku sendiri sehingga aku menjadi mangsa dalam keadaan tersebut.Masih aku ingat lagi peristiwa yang tak dapat aku lupakan sehingga ke hari ini dan peristiwa itu membuatkan aku sedar bahawa di dalam di dunia ini masih ada lagi orang yang tidak ikhlas dalam menghulurkan salam persahabatan dan dengan peristiwa tersebut kini, aku lebih berhati-hati dalam memilih sahabat.Namun aku bersyukur kerana apa yang berlaku ke atas diriku tidaklah sehebat apa yang berlaku ke atas sepupu aku sendiri.
        Masih aku ingat lagi pada Tanggal 21 Mei adalah majlis pertunangan sepupu aku sendiri.Waktu itu ramai sanak saudara yang datang untuk menghadiri majlis tersebut dan memang meriah sangat suasana ketika itu.Namun hari tak selalunya indah coz  tepat jam 2 petang sepupu aku menerima panggilan dari bakal tunang dia dan panggilan tersebut adalah panggilan yang dia sendiri tidak duga.Entah kenapa waktu itu aku lihat tangisan kecewa yang lahir dari kelopak matanya dan tak dapat aku bayangkan perasaan yang sepupu aku tanggung apabila hari yang dia nanti2 kan hancur dalam sekelip mata disebabkan sahabat yang dia terlalu percayai mengkhianati dirinya sendiri dan sanggup merampas orang yang dia sayang.Aku harap apa yang berlaku ke atas sepupu aku dapat membuatkan aku lebih berhati dalam menilai seseorang.
     Namun, bagi aku seandainya memilih sahabat janganlah memandang dari sudut luranya ( pakaian,paras rupa dan kemewahan) coz apa yang kita pandang tidak semestinya ikhlas dan jujur tetapi, pandanglah dari sudut dalamanya (sikap,tutur kata dan adabnya) kerana Kadang-kadang dalam dunia ini kita tidak sangka orang yang paling rapat dengan kita adalah orang yang selalu mengkhianati kita manakala orang yang jauh dengan kita adalah orang yang sentiasa ikhlas dengan kita. Jadi Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang dan berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.
 Apakah seorang sahabat yang baik??
            sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
      1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.                                            
                            
  **Dipetik dari wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan