Adam...
Maafkan aku jika coretan ini
memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang
bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan
hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu
tatkala aku sentiasa mahu terpesong
dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu
di akhir zaman, itulah sebenarnya
ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku
nescaya merahlah dunia kerana
darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam
sama Adam bermusuhan
kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa
Habil dan Qabil sehinggalah pada
zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah
undang-undang Allah yang mengharuskan
Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak
lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana
menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa
aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa berat pula untukku
menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada
ayat yang menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap kaum wanita..
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk
menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku
agar sentiasa di dalam redha Tuhanku
dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa
yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa
haluan, malahan engkau juga
mengambil kesempatan atas kelemahan kami
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal
tetap di rumah. Aku akur asalkan aku
keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti
ditutup dari hujung kaki sampai
hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa
telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu
terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam
boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah
makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana
kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku
kelebihan nafsu. Akalmu sembilan,
nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah
aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa
sehingga aku tergelincir ditolak
sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami
kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah
syahdu dari Tuhanmu agar menerangi
hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih
Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan
mengikut langkah para sahabat, masih gentar
mencegar munkar, maka kita tunggu
dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila
kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau
pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu
yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini
menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau
keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai
suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu...
andai maruahku dirobek maka
engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran
tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih
lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang
kucari... bukan berlian yang kupinta...
tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas
darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat
dirimu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan