Khamis, 7 Februari 2013

" SetIa HinggA Hujung Nyawa "


Setia Hingga Hujung Nyawa "  Tajuk drama yang paling aku suka..Berkisahkan sepasang pasangan yang jodohnya telah ditakdirkan dari tuhan..Berjumpa dan bercinta dalam keadaan yang  tidak di duga..Menjadi pasangan yang tabah hadapi liku-liku hidup sebagai pasangan suami isteri..Mempunyai jalan cerita yang menarik dengan pelbagai situasi dan perasaan..Aku yakin ramai yang minat dengan drama setia hingga hujung nyawa kerana watak yang dimainkan sangat sesuai dengan jalan cerita tersebut..Apatah lagi jalan ceritanya diaptasi dari novel setia hingga hujung nyawa yang dikarang oleh Fatin Nabilah..Namun aku tertarik dengan kata-kata yang menjadi lambang novel tersebut iaitu '' tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau '' serta tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan..
Kata-kata itu sangat bermakna buat aku kerana kata-kata tersebut mencerminkan diri aku..Hari ini adalah episod terakhir drama '' setia hingga hujung nyawa '' Aku yakin ramai yang ingin tahu apa yang terjadi di akhir ending cerita tersebut ? Adakah zain akan selamanya dengan el ? Apakah el akan terima ikhram ? Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran masing-masing..Semuanya akan terjawab pada petang ini..Namun aku harap el dan zain akan selamanya bahagia..So sama-sama kita tahu apa yang akan berlaku akhirnya..
Kadang-kadang aku terfikir seandainya aku di tempat el apakah aku setabah itu ? Apakah aku boleh hadapi semua itu ? Sekarang pun dugaan aku makin berat..berat rasanya untuk aku tanggung..Biarlah hati ini yang tahu dan rasa semua itu..Aku harap tuhan tabahkan hati aku dan jangan biarkan aku lemah..Walau aku di caci dan di hina sekalipun aku pasrah dan redha andai ini jalan takdir aku..Yang penting aku tak sakitkan hati sesiapa..Biarlah aku disakiti asalkan orang-orang yang aku sayang  akan terus tersenyum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan