Khamis, 25 April 2013

TeriMa kasih sahabat

Hari ini aku mengenali seorang insan yang terlalu baik . Seorang insan yang hidupnya penuh dengan pengorbanan . Seorang insan yang sanggup berkorban demi keluarganya . Setiap hari aku selalu mendengar setiap masalah yang terbuku dihatinya . Kami menjadi sahabat dan berkongsi setiap masalah . Dia seorang insan yang amat ikhlas dan jujur . Walaupun dia pernah beritahu aku bahawa aku satu-satunya perempuan melayu yang dia percaya . Namun aku berbangga denganya kerana di usia dia seawal 22 tahun dia dah hadapi dugaan yang amat berat sangat . Hatinya yang ikhlas buatkan aku tertarik dengan persahabtan ini walaupun selama ini aku jarang berkawan dengan lelaki tetapi dia buat aku percaya yang dia memang seorang yang jujur .  Sesungguhnya dia memang sahabat yang baik . Kadang - kadang aku rasa tak layak berkawan dengan si dia sebab antara kami macam langit dengan bumi . Dia terlalu sempurna sedangkan aku banyak kelemahannya .
Namun dia selalu buat aku ketawa .. Dia beri aku semangat dan kekuatan . Hari semakin hari persahabatan ini semakin akhrab hingga tanpa ku sedar dia meluahkan perasaan dia terhadap aku . Dia berterus terang bahawa aku satu - satunya perempuan melayu yang dia suka sebab selama ini dia tak pernah percayakan perempuan melayu . Namun aku tidak boleh menipu diri aku bahawa hati ini sudah beku dengan cinta lelaki setelah  hati aku dilukai . Terlalu perit apa yang aku rasakan . Hanya allah yang tahu kebenaran hati ini .
sesungguhnya aku berharap semoga allah tunjukkan kekuasanya dan aku harap semua ini akan berakhir .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan