Di sini aku selalu
bermimpi
Bermimpi mengejar
sesuatu yang belum aku pasti
Di sini juga aku
mengukir sebuah perasaan
Perasaan yang aku sendiri tidak tahu dari mana ia
hadir
Terlalu cepat waktu
berlalu
Namun aku masih
terapai-apai dalam mencari sebuah jawapan
Kadang-kadang aku
sendiri tidak tahu
Dari mana wujudnya
setiap bicara
Setiap tutur kata yang
pernah kau lafazkan
Aku bukanlah
bidadari yang sempurna
Sempurna dari
setiap sudut
Kerana aku hanyalah
insan yang kerdil
Kerdil di bumi
allah yang terlalu besar dugaanya
Namun aku selalu
pasrah dengan takdirnya
Kerana takdir kita
dipertemukkan
Kerana takdir juga
kau dan aku jatuh ke dasar hati yang paling dalam
Hati yang selalu
melengkapi antara satu sama lain
Serta Tak mampu
untuk diukur mahupun digapai
Wahai sang pemilik
hati
Sesungguhnya aku
mengerti
Sesungguhnya aku
memahami
Memahami bahawa
jodoh itu rahsia allah
Walau Seikhlas apa
pun perasaan itu wujud
Ia akan sentiasa
hadir
Hanya waktu dan
masa yang menjadi jarak sesebuah penentuan
Wahai sang penilai hati
ini
Sesungguhnya aku mengalah
Aku mengalah bukan
bermakna aku lemah
Namun aku mengalah kerana
aku teramat menyayangi dirimu
Namun aku mengerti bahawa
pelangi tak akan selalu hadir
Tapi aku tak pernah berhenti
untuk menanti
Menanti terbitnya sang
suria yang akan menyinarkan seluruh hidupku
Andai esok aku tak dapat
melihat lagi mentari terbit
Aku mohon tetaplah
tersenyum
Andai ini jalan yang indah
untuk engkau dan aku
Demi allah Aku
pasrah..
*salam sayang buat insan
yang bertakhta di hati ini *
Tiada ulasan:
Catat Ulasan