Sabtu, 30 Mac 2013

TergamakNya Dirimu

Malam ini aku dapat rasakan sesuatu perasaan yang terlalu perit.. perasaan yang aku sendiri benci untuk aku rasai .. aku keliru dengan apa yang berlaku .. aku buntu dengan semua ini .. Aku rasa kata-kata dia terhadap aku terlalu perit untuk aku telan .. tak dapat aku bayangkan bagaimana patahnya hati aku ketika itu .. Aku rasa dah banyak hari aku tak berhubung dengan dia .. bukan niat aku untuk menyepikan diri tetapi aku ingin rawat hati yang terluka .. terluka kerana aku terlalu sayangkan dia .. ya aku masih sayangkan dia .. dia saja lelaki yang aku sayang .. aku cintai .. Bohongla aku cakap aku tak rindu dia sebab ketika ini airmata aku tak henti mengalir kerana terlalu merindui dia .. Tapi hati aku dah beku dengan semua sikap dia .. Aku penat ..  Aku tak kuat nak tanggung lagi .. 
   Seandainya dia bahagia sekarang tanpa aku .. Ya aku pasrah kalau itu kebahgiaan yang dia cari .. mungkin itu yang mampu aku buat .. Sesengguhnya aku ingin dia bahagia .. Aku ingin dia tersenyum walaupun aku menangis .. walaupun aku sakit dan derita .. Biarlah tuhan saja tahu betapa aku sayangkan dia .. Betapa aku mencintai dia .. Sekarang aku perlukan masa untuk bersendirian .. perlukan masa untuk aku kumpul balik semangat aku agar aku tak terjatuh lagi dalam perasaan yang teramat perit ..
    Kadang-kadang aku sedih dan benci dengan diri aku sendiri .. benci dengan kehidupan aku .. aku juga ingin bahagia .. aku juga ingin disayangi dan dicintai dengan seikhlas hati .. Tak lama lagi hari jadi dia .. aku harap dia datang jumpa aku sebab aku nak bagi dia sesuatu yang paling berharga .. mungkin itu hadiah terakhir dari aku .. mungkin itu kenangan terakhir aku dengan dia .. jujur aku cakap aku benci dengan cinta ..
cinta buat aku sakit.. cinta buat aku derita .. cinta juga buat aku sengsara .. 
    Ya allah kau kuatkan hati aku supaya aku boleh hadapi semua ini .. agar aku boleh berdiri tanpa dia .. agar aku tak lemah dengan semua ini ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan